kenapa harus ada permainan dalam dunia ini? kenapa perlu adam untuk hawa dan hawa untuk adam jikalau sesetengah perhubungan tidak berjaya? kekadang aku rasa aku tidak layak dicintai mahu pun mencintai. aku tidak pernah meminta untuk seseorang jatuh hati pada aku. tetapi kenapa setiap kali bercinta harus ada perpisahan? kenapa mesti itu semua berlaku? aku hairan kenapa dalam kehidupan akan terjadi perkara sebegitu? hmm entahlah, kekadang aku terfikir kenapa setiap perempuan perlu menangis hanya kerana seorang lelaki? adakah kerana cinta mereka seindah Taj Mahal? atau pun sekuat cinta Mumtaz dan Shah Jehan? kalau cinta itu sebegitu, kenapa perlu perkataan PUTUS keluar dari mulut setiap pasangan? perlu ke setiap cinta itu di penuhi dengan kata-kata manis dan juga janji-janji yang sedap di dengar dan boleh di percayai? kalau perlu kenapa kata-kata dan juga janji-janji itu hilang entah ke mana. kenapa lenyap tanpa sebarang berita? sukar juga untuk memberi kepercayaan 100% dalam setiap percintaan selagi belum mendapat ikatan yang sah (pernikahan). jangan sesekali taburkan janji-janji yang cukup untuk aku memberi harapan dalam hidup aku. kerana setinggi mana langit kita lihat bersama, setinggi itu jugalah sayang aku pada kau. dan sebanyak mana bintang di waktu malam, sebanyak itu jugalah cinta aku terhadap diri kau. tak pernah luntuh dan kurang pun. tapi sejak kau mula melarikan diri dari semua masalah, perlukah aku terus menyayangi kau setinggi langit lagi? perlukah aku mencintai kau seperti mana sebanyak bintang di waktu malam itu lagi? sedangkan kau tidak pernah hendak ambil tahu dan kisah pun tentang hati dan perasaan aku di sini. segala masalah perlu aku hadapi sendiri. kau biarkan sahaja aku di belenggu dan bergelumang dengan segala masalah kita. apa semua ini? kau tak pernah hendak tepati janji kau pada aku. aku juga tahu bahawa dalam hati kau tidak pernah ada aku dan juga perasaan pada aku. dan kau juga menganggap janji kau itu hanyalah kata-kata yang tidak pernah kau ucapkan pada aku. terima kasih kerana membenarkan aku untuk menyayangi dan mencintai diri kau walaupun hanya sementara.
kehidupan 1: cinta itu buta? BENAR KE?
kehidupan 2: apa makna cinta yang sejati?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan