aku tak tahu apa motif aku mengupdate cerita aku kt blog nie time awal pagi huhu. maybe pasal aku dengan anak buah kesayangan aku kot,hahha (apa-apa la aku nie). namanya SYAZREEN QASEH MARISYA, MOHD SYAZREEL GHADAFI dan ZAIFARINA ALESYA. secomel orangnya, dan merupakan anak kakak aku yang ke-4 dan ke-5. nak tahu, aku mempunyai anak buah serami 16 orang, walaupun agak memeningkan kepala dengan kekecohan diaorang, tapi aku berasa seronok dengan melihat telatah dan juga gelagat diaorang. semalam aku pulang ke klang bersama dengan anis dan juga yana, walaupun minggu lepas aku dah balik tapi aku tak tahu kenapa aku nak balik lagi. sebab aku rindu sangat-sangat dekat mak, abah, adik bongsu aku dan juga anak-anak buah aku kot (huhu). sampai sahaja di rumah, aku menyalam emak dan juga abah dan terus aku mencari anak buah aku iaitu dafi, qaseh dan juga alesya. rindunya aku dekat diaorang, sebenarnya dafi dan juga qaseh nie 3 beradik. tapi cuma kakak dia sangat nakal sebab itu aku rindu dekat dafi dan qaseh jer. alesya pula merupakan anak buah aku yang pernah aku sambut sewaktu dia di lahirkan dalam keadaan yang serabut, sebab itu aku rapat dengan dia. rindu aku datang bertandang tiba-tiba bila aku bejumpa dengan dafi, qaseh dan alesya sewaktu di rumah. qaseh terjaga bila aku sampai sahaja di rumah dan lalu lantas aku mengambil ianya di buaian. Ya Allah!terkejut aku bila melihat dia semakin gemuk dan tembam. bising satu rumah dengan kekecohan budak-budak yang bermain kejar-kejar di dalam rumah. tapi tak lama mana pun aku di rumah, rasa tidak puas pula bermain dengan mereka bertiga. tapi aku tak risau sebab aku ada snap pic dengan qaseh (huhu). boleh la aku tengok pic dia hari-hari.
aku bersama qaseh..
rindu n sayang sgt2 kt dye..
SYAZREEN QASEH MARISYA and MOHD SYAZREEL GHADAFI..
acik azie sayang korang sangat-sangat..muahxx!!
acik azie sayang korang sangat-sangat..muahxx!!
ngee... sdapnye nama. mcm nama dlm nvel...kui3
BalasPadamhuhuu..yer ker??
BalasPadamanak buah..nm mama dye y bagi..