17 Disember 2010

KELAS TIME

pergi ke kelas pada awal pagi dan petang amat aku tidak sukai, kerana waktu itulah mata aku akan terasa sungguh berat untuk memberikan fokus kepada pelajaran yang pensyarah aku ajar. tapi aku tetap gagahkan mata aku untuk memfokuskan apa yang pensyarah ajar. kekadang seronok juga bila pergi ke kelas yang kita suka. happy jer bila masuk ke kelas mereka. nak tahu pelajaran apa yang paling aku suka dan kurang aku suka?
jap aku ceritakan ok..

PSIKOLOGI : jam 7 pagi aku telah gagahkan mata aku untuk bangun dari tidur walaupun masih mengantok lagi. jam awal pagi itu jugalah aku kena gagahkan diri aku untuk bangkit dari katil dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri aku. brrrrrrr!!!sejuk sekali badan aku bila kena air pancut. selesai mandi aku terus menyiapkan diri aku dengan memakai baju yang telah aku gosok. jam 8.30 pagi aku dan budak kelas aku terus menuju ke bilik kaunseling. sebelum jam 9 pagi kami harus sampai di sana sebelum pensyarah psikologi kami iaitu En.Rosli. sungguh tegas orangnya, sedikit tinggi, berbadan berisi serta dengan beruban di rambutnya. kekadang buhsan dengan kelas dia, tapi kekadang seronok ke kelasnya. tiada sebarang suara kecoh kami pun yang biasa di dengari sewaktu dalam kelas dia. gangguan telefon juga tiada kerana dia tidak suka dengan sebarang gangguan pun sewaktu mengajar. jam 12 tengahari, waktu kelas tamat dan kami mengucapkan terima kasih kepada dia tanda-tanda untuk kami pulang untuk ke kelas seterusnya.


keadaan budak kelas k11/g8 sewaktu tunggu En.Rosli datang..
tyme class psikologi di bilik kaunseling ( EN.ROSLI)


PENDEKATAN STRATEGI : selesai kelas pengajian di malaysia di bilik LT, aku terus ke library untuk menemani kawan aku untuk membuat assignment. jam 2 ptg, kami terus menuju ke bilik BT untuk kelas En.Daut. orangnya rendah sahaja, suka berjenaka sewaktu di dalam kelas dan kepalanya persis seperti pelakon kita iaitu Zaibo (huhu,jgn mara). inilah antara kelas yang sangat aku suka kerana dia tidak serius dan tegas sangat orangnya. gembira gila bila masuk ke kelas dia. walaupun kerja kitaorang hanya menyalin saja. tapi penat jugalah bila kerja asyik menyalin jer. dia tak akan lupa untuk berjenaka bila mengajar d dalam kelas. asal mengajar sahaja mesti dia tak akan lupa untuk selitkan jenaka dia bersama. sebab itu kitaorang budak kelas senang bila belajar dengan dia. tak adalah tension bila belajar. tapi yang lawaknya, aku sering di jadikan bahan gandingan dengan en.daut. haha, ada-ada jer budak kelas aku ini. jam 4 ptg, selesailah sudah kelas En.Daut dan kami mengucapkan terima kasih kepadanya tanda untuk kami pulang. begitulah harian kami bila bermulanya kelas dia. sebelum pulang ke hostel, aku sempat untuk mengambil gambar bersamanya untuk kenangan. sayang En.Daut,huhu..


  tyme kelas en.daut..
poyo jer fokus kt en.daut..
padahal tengah bosan n tahan ngantok..huhu


  keadaan dalam kelas En.Daut..
snap pic untuk uat kenangan waktu dalam kelas..
pendekatan strategi pen.prasekolah ( En.Daut)..

bergambar bersama En.Daut selepas
selesai kelasnya. kami sayang En.Daut..
untuk buat kenangan nanti..huhu

selesai kelas..
pulang bersama untuk ke hostel..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan