Hari ini aku tidak dapat nak lelapkan mata aku kerana aku tidak berasa mengantok. Oleh kerana aku tidak dapat tido, lalu aku pun mengupdate blog aku yang telah lama juga tidak di buka. Ntah apa khabar la agaknya blog aku. Aku duduk di meja study sambil mengon9 fb dan juga blog. Sedang syok aku melayan fb, tiba-tiba aku di kejutkan dengan 1 sms di telefon aku. Lalu lantas aku mencapai telefon aku dan membuka dan lantas membacanya. "Kenapa?", "Kenapa?", dan "Kenapa?" mesti lelaki yang telah lama pergi jauh dari aku muncul semula dengan memberikan aku sms? Aku tak mintak pun kau sms aku. Dengan perkataan "Ayang" dan "B"? Apa motif dan muslihat yang dia ingin lakukan pada aku? Apa motif kau untuk memberikan sms kepada aku pada waktu selewat ini?. Dan apa motif kau untuk ingin berjumpa dengan aku lagi? Bersedia ke aku untuk berjumpa dan berhadapan dengan diri kau yang sebenarnya? Entah apa lagi babak yang ingin kau lakukan pada aku. Aku tidak tahu sama ada aku akan kuat untuk berjumpa dengan kau atau pun tidak. Kenapa harus kau muncul dalam hidup aku semula? Kenapa harus kau cari aku kembali dengan mempergunakan ayat-ayat yang terpancul dari fikiran kau itu? Kenapa? Aku tak larat nak fikir lagi pada waktu selewat begini, mata makin layu dan waktu untuk beradu di katil aku bersama dengan kiki aku teddy bear).
Bangun dari tempat study, menuju ke katil dan tilam yang empuk dan rebahkan diri dan zzzzzzzzZZZZZZZ..
Selamat Malam dan Selamat Pagi. Salam 1 MALAYSIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan