29 April 2011

SWEET MEMORY WITH MY SBF ( RIZ )

TIMES SQUARE

28hb 4 bersamaan 2011, tarikh yang amat bermakna buat diri aku. Nak di pendekkan cite, aku cite ringkas jer la ok. Nak cite panjang lebar pun buat penat tangan aku jer nak taip,hahah. Waktu itu, Riz datang menjemput aku di hostel kampus aku. Kami menaiki kerete untuk menuju ke Times Square di KL. Perjalanan kami menjadi lewat kerana disekat oleh jem yang amat teruk di KL. Menyampah, tension, sakit hati, semuanya ada dalam hati aku dan juga Riz. Ikutkan hati mahu jer aku hon minta untuk cepat bergerak dari jalan yang penuh kesesakan itu. Jadi rimas aku di buatnya. Tapi aku tidaklah sebosan mana bila aku sering membuat lawak bersama dengan cinta hati aku, Riz :). Kerap jugalah dia kena buli dengan aku dalam kereta, kesian pulak kat dia, hehe. Buli-buli pn aku sayang kat dia tau. Berapa jam penat di sekat oleh jem di jalan KL itu, kami pun selamat sampai ke Times Square, dah lama aku tak jejak tempat tu. Kami pun berjalan-jalan untuk memenatkan kaki kami, exercise la kononnya tu, haha. Aku pun boleh la beli baju warna oren kt sana sekali. Setelah penat berjalan satu Times Square dan penat mencari baju, aku menemankan dia untuk membeli handycam baru di tingkat bawah. Selesai membeli, dia mengajak aku untuk membeli something atas sempena bezdy aku yang lepas. Korang nak tahu apa bendanya? Tak sangka dia mengajak aku untuk membeli sepasang cincin kapel untuk aku dan dia. Dia meminta aku untuk memilih cincin kapel yang cantik, setelah penat mencari aku telah jumpa yang rekaannya hanyalah simple tapi menarik perhatian aku. Aku mengambil dan meminta untuk orang kedai itu mengukir nama aku dan dia. Setelah selesai membeli, kami pun menuju ke parking kereta di Level 4 dan kami terus menuju ke Taman Layang-Layang.

TAMAN LAYANG-LAYANG

Sampai di Taman Layang-Layang, aku dan dia meneruskan perjalanan ke taman itu. Dia bagi cadangan untuk jalan sekeliling Tasik di Taman itu. Fuhhh!!gila tak gila aku nak jalan satu Tasik tu, besar kot. Mahu pengsan aku di buatnya nanti. Tapi apa boleh aku buat, kena la juga ikut, katanya untuk menyihatkan badan aku juga (geram aku di buatnya, haha). Kami pun meneruskan cadangan yang aku tak berapa setuju itu, haha. Letihnya aku bila dah lama tak jalan kaki satu Tasik sebesar berapa hektar itu, ikutkan hati mahunya aku mintak dia dukung aku kat belakang. Tapi aku gagahkan juga perjalanan aku tu, berpeluh tu. Boleh turun bape kg tau badan aku, terbakar la juga lemak-lemak yang terpelosok dalam badan aku ni, haha. Penat berjalan, kami terus ke kereta dan meneruskan perjalanan untuk pulang. naik lenguh kaki aku di buatnya. Tapi yang sweetnya, sebelum teruskan perjalanan di mintak cincin yang ada dekat aku dan menyarungkan cincin tu kt jari manis kanan aku, dan dia juga hulurkan tangannya untuk aku sarungkan cincin di jari dia juga. Bahagia pula aku rasa bila dia sarungkan cincin kat aku, dunia-dunia : ). Aku harap dengan cincin kapel yang aku dan dia sarungkan ni, dapat mengeratkan dan mengekalkan hubungan kitaorang sampai akhirat. Thanks a lot my beloved hubby, Mohd Hariz Bin Zulkiflee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan