2 Mei 2011

BAKSO

Setiap hari Isnin kat tempat aku akan ada pasar malam, tapi pasar malam tu terletak kat kampung belakang hostel aku. Boleh di katakan setiap hari la aku dengan dak-dak umah aku pegi pasar malam. Perkara pertama yang akan aku buat bila sampai kat pasar malam tu adalah aku akan terus menuju ke satu tempat di mana penjualnya ada menjual makanan yang bernama BAKSO. Nak tahu tak, itulah makanan faveret aku bila aku ke pasar tu. Aku tak akan lupa bila nak beli makanan tu. Sedap beb aku cakap sama lu!! Lagi-lagi bila pekena dengan sambalnya yang tersangat la pedas hingga boleh membuatkan mulut aku terbakar dan juga telinga aku kuar asap tau, haha. Boleh lintang-pukang orang di buatnya tok cari air, pedas tak pedas la gak di buatnya sambal tu. Boleh meleleh hingus aku bila makan makanan pedas cam tu,haha. Yang bestnya, budak umah aku pun ada yang nak try makan bakso tu. Bila pekena bebola dagingnya, memang tak terkatanya la beb. Aku rasa macam nak menikmati perlahan-lahan jer, bila korang makan bebola dagingnya memang korang nak tambah lagi jer rasanya tau. Orang kata bakso ney asalnya dari negara seberang, iaitu Indonesia. Orang Indon ney pun kalau buat bakso memang sedap gila bapak la beb. Dorang buat ada cara tersendirinya tau, bukan main buat jer. Macam jiran aku yang duduk sebelah rumah aku dulu, diaorang sepasang suami isteri tau, tapi bini dia pandai gila buat bakso tu. Sampaikan dia buatkan bakso n hantar kat rumah aku, satu bekas besar lagi tu. Memang makan besar la aku di buatnya. Dia buat bakso tu, bapak la terbaik dari ladang ( hahaha ). Sampai meleleh air liur n hingus aku di buatnya bila makan bakso dengan sambal cili padi yang di buat. Sampai sakit perut aku di buatnya bila keesokkan harinya, coz terlalu banyak makan sambal yang dia buat tu la. Tapi pape pun memang terbaik la bakso yang dia buatkan tu, kalau boleh aku nak mintak dia buatkan lagi untuk aku. Korang yang nak cuba bakso tu, cari la kat mana-mana kedai yang berhampiran ok, tak pun kat pasar malam yang berdekatan dengan kawasan tempat korang k : ). K la aku cau dulu, pupye ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan