Tanggal 01.08.11,hari yang mulia bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Menyambut bulan puasa yang amat bermakna bagi seluruh umah Islam. Setahun sekali umat Islam akan menyambut bulan yang penuh bermakna ini. Seperti selalu, aku serta keluarga aku juga akan menyambut bulan puasa itu. Seawal jam 4.oo pagi, aku bangun dan menuju ke dapur untuk menyiapkan juadah untuk bersahur. Hari pertama puasa aku tidak dapat berbuka di rumah, malah aku berbuka di hostel bersama-sama dengan housemate aku. Walaupun aku sedeh sebab tidak dapat berbuka di rumah bersama dengan family aku, tapi aku tetap happy coz berbuka dengan budak-budak haousemate aku. Bermacam-macam karenah budak housemate aku borakkan. Walaupun sudah berapa kali aku tak dapat berbuka hari pertama dengan family, tapi aku tetap tabahkan hati. Yang penting raya pertama aku dapat beraya dengan mereka.
P/S : bulan puasa membuatkan kita menahan daripada lapar..dari terbitnya matahari sehinggalah terbenam semula..bulan puasa ini juga menguji kita daripada kesabaran untuk menahan dari semua nafsu dalam diri kita..bulan puasa ini juga membuatkan kita merasai penderitaan umat-umat Allah yang lebih teruk dari kita di luar sana..dan umat Allah yang tidak berdaya dan tidak mampu untuk membeli apa-apa makanan untuk di jamah..bulan puasa juga membuatkan kita untuk mendapatkan banyak lagi pahala dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah,beribadah (solat),melakukan solat tarawih dan sebagainya..oleh itu saya ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN" dan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada seluruh umat Islam di Malaysia..semoga Allah memberkati diri kita sebagai umatnya di dunia..amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan