3 April 2012

Di Kacau Oleh Benda Yang Tak Dijemput

assalamualikum...

ary ney aku nak berkongsi cerita sikit dengan korang sal kes mlm tadi.. malam tadi aku betul-betul tak boleh tidur di sebabkan cuaca yang amatlah bahang rasanya..puas aku golek sana,golek sini,baring macam-macam cara tapi x boleh juga nak lelapkan mata.. last-last aku ajak anis dengan shana bangun g sahur, borak punyalah sampai pukul 4 pagi.. tak sedar pulak jam dah pukul 4, akhir sekali kiteorg masuk tidur.. bila aku masuk bilik, shana ada matikan lampu bilik aku walaupun sebenarnya aku tak suka padamkan lampu bila aku tidur.. kirenya aku nak try tidur matikan lampu la ney, last-last bila aku nak lelapkan mata tiba-tiba sebelah telinga aku, aku dengar macam bunyi sumthing yang tak dapat aku bayangkan.. punyalah kuat bunyi benda tu betul-betul dekat dengan telinga aku.. dah la aku tidur sorang-sorang, giler x giler beb!! puas aku cuba gerakkan badan aku, alihkan tangan aku dan baca ayat-ayat suci tapi macam berat jer.. akhir sekali aku baca dalam hati, alhamdulillah selepas tu aku dah boleh gerak dan perlahan-lahan aku gerakkan badan aku ke katil aku.. apa lagi aku terus la tengok keliling aku dan terus aku pasang lampu bilik aku.. jahanam tol benda tu, tiba-tiba jer nak kacau aku.. aku tak kacau ko, jangan la pulak ko kacau aku.. aku nak tidur pun dah x berani.. sebab tu la salah satu sebab kenapa aku tidur tak suka padam lampu :D...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan