suatu hari yang amat membohsankan diri aku apabila tiba di unisel. hati gelisah kian menepa diri aku. tidak tahu hendak lakukan apa pada masa itu. hari jumaat yang amat membohsankan. sedang aku bermain facebook, tiba-tiba idea datang memasuki di dalam kepala aku. ya!!suatu tempat yang dapat menenangkan fikiran setiap orang yang tidak tahu buat apa-apa. bukit melawati dan pantai remis, tempat yang dapat menenangkan jiwa dan fikiran semua orang. bukit melawati yang sangat menghiburkan, berbagai binatang yang ada di sana. aku tidak tahu sejenis spesis apa binatang yang datang di atas riba aku. lal aku bertanya kepada penjual makanan binatang di sana. aku : "uncle,binatang apa ini?", uncle : "owhh..itu lontong, dia jinak..". OMG!! binatang itu berada di atas riba aku tanpa aku tahu apa binatang itu. dan betul kata uncle 2, ia memang jinak. walaupun aku agak geli untuk memegangnya. setelah penat memberi makanan, aku dengan kawan-kawan aku pun blah. pantai menjadi destinasi kitaorang yang seterusnya. sesampainya di sana, kami terus mencari tempat yang redup untuk melabuhkan punggung kami yang telah kepenatan huhu. tenang fikiran pabila diri di tiup angin yang cukup sayu. angin mula meniup sepoi-sepoi bahasa dan mula menampar lembut di pipi ku. walaupun air masih belum pasang dan panas kian mula memancarkan sinarnya yang terang kepada kulit ku, namu aku tetap gagahkan juga untuk ke pantai jua. bergambar juga telah menjadi rutin harian aku dan kawan-kawan aku pabila keluar. berbagai-bagai ragam gambar yang di ambil. terasa seperti belum puas untuk aku menenangkan fikiran dan jiwa ku yang kusut ini. tapi apa boleh buat, senja kian menjelma dan sudah tiba masanya untuk kami mengangkat punggung dan kaki untuk pulang ke unisel. apa pun, itu adalah hari yang sangat gembira bagi aku bersama kawan-kawan ku.
deruan ombak yang kian kuat pukulannya di pantai..
tapi aku di sini hanya mampu melihatnya dari jauh..
tak mampu untuk aku ke sana yang mungkin akan turut di pukul oleh ombak itu..
yang aku mampu hanyalah melihatnya dari batu ini..
kerna dari sini membuatkan aku terus TENANG!!
kehidupan 1: angin kuat yang dapat menenangkan fikiran ku..
kehidupan 2 : tiada apa masalah lagi yang harus aku fikirkan..
kehidupan 3 : hidup aku TENANG dengan sebegini rupa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan