14 Disember 2010

KUALA LUMPUR

selamat pagi semua. aq nak berkongsi cerita pada korang semua. jumaat yang lepas aku telah mengikuti salah seorang kawan aku pulang ke rumahnya di sungai besi. kami bertolak dalam waktu tengahari. setelah bersiap,aku dan kawan-kawan aku terus berjump di dewan biru. setelah berkumpul di dewan biru kami terus menuju ke bas dan menaikinya. fuh!!lega rasanya dapat duduk di kerusi yang empuk. dalam beberapa minit kemudian, bas pun bergerak dan dalam hati aku memberontak untuk menyumpah keadaan bas itu. sungguh panas di dalam bas itu, kai telah menaikinya tanpa sebarang angin yang keluar dari air-cond bas itu. aku hanya menahan kepanasan itu bersama kawan-kawan ku dan juga penumpang yang lain. beberapa jam di dalam bas yang panas itu, aku telah pn sampai di Kuala Lumpur yang menjadi pujaan orang-orang asing yang datang melancong. sudah sekian lama aku tidak menjejak ke Kuala Lumpur ini. sungguh sesak keadaan di sekitar itu. kami terus menuju ke LRT untuk ke sungai besi pula. tidak lama kemudian sampailah ke rumah kawan aku iaitu MARLIYANA. aku terus membuka tudung aku kerana kepanasan yang teramat sangat. lega sungguh rasanya pabila tudung telah di buka. aku terus mendapatkan bantal untuk merehatkan badan aku yang sangat keletihan. dan malam menjelang tiba, jam 12 tengah malam selesai aku melayan facebook aku terus merebahkan badan aku dan terus melelapkan mata aku yang betul-betul telah keletihan.

SABTU..

PART 1 : morning semua. pagi yang sangat menyegarkan badan aku walaupun tidak puas tidur dan telah di ganggu oleh budak yang memang suka mengganggu aku (haha). aku telah di kejutkan oleh bella jam 8 pagi. argh!sungguh mengganggu konterasi aku untuk tidur sahaja. memandangkan pagi itu aku dan kawan-kawan akan membuat research untuk assgmnt pengajian di malaysia, lantas aku bangkit dari tidur dan terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri aku. fuhh,sungguh segar badan aku pabila di kenakan air yang sejuk di pagi hari. jam     10 pagi, kami pun bertolak dari sungai besi ke destinasi pertama kami iaitu masjid negara. kagum aku melihat keindahan masjid itu, dan yang paling aku kagumi ramai pelancong asing yang datang melawati ke masjid negara itu. selesai membuat kajian di masjid itu, kami terus ke tugu negara iaitu tempat bersejarah yang kedua kami pergi. peetama kali aku menjejakkan kaki ke tempat itu,dan aku kagum melihat tugu pahlawan yang telah di ukir di situ. unik dan menarik. menjadi tempat pelancong asing datang mengunjunginya. namun cuaca tidak mengizinkan kami terlalu lama di sana, sungguh panas dan kami hanya mengambil beberapa gambar untuk di jadikan bahan bukti di dalam tugasan kami nanti. lalu kami bergegas untuk pulang.

PART 2: sebelum pulang aku dan bella telah menuju di mid valley dahulu. bella bertemu dengan ayahnya dan aku??menemu kawan lama dari kolej aku yang dahulu. nasrul namanya dan aku memanggilnya nas. baik orangnya, hitam manis dan pandai berjenaka bila dengan semua orang. sebab itu aku sungguh selesa berkawan dengannya. rindu gak aku pada dia bila lama tidak jumpa. asalnya untuk menonton wayang, tapi terlalu ramai lalu kami menuju ke suatu tempat yang membuatkan kami berdua kenyang, ya ke burger king. kami mengisi perut kami yang tidak makan dari tadi. kami menjamu selera sambil bertukar cerita. terlalu banyak cerita yang dia kongsi bersama aku. dari cerita kawan kolej, pergi ke cerita kawan kerja dia di RTM, lalu bertukar cerita kepada ex-gf dia yang telah mengecewakan dia dalam percintaan. lawak pun ada juga bila aku mendengarnya. aku juga tidak lupa berkongsi cerita mengenai kesedihan aku sepanjang aku di unisel. walau apa pun, keadaan kami sama sahaja. jam 6 kami pun pulang dan dia menemankan aku hingga ke ktm Kuala Lumpur. sungguh sesak ketika itu. dan perjumpaan kami pun berakhir di ktm KL Sentral, dan aku harap dapat menemuinya lagi. miss u a lot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan