cemburu??perlu ke rasa cemburu itu dalam hati??mungkin ya mungkin tidak. aku tidak nafikan bahawa aku memang kuat cemburu. lagi-lagi lagi sedang melihat orang yang sedang bercinta. rasa indah pula bila di kenang kisah yang lama. tapi itu kisah lama dan aku telah bukak kamus baru dalam hidup aku. tak salah untuk setiap orang berasa cemburu terhadap sesuatu benda, dah memang lumrah manusia la katakan. aku pernah cemburu pada sahabat aku yang sedang hangat bercinta, bercinta bagaikan nak rak tapi pabila bergaduh dan akhirnya berpisah, pada masa itulah akan kedengaran cacian maki hamun dan juga tangisan. kekadang aku benci dengan cinta, kerana cinta boleh membuatkan aku rasa cemburu yang menebal. sedangkan orang lain mendapat pasangannya tapi aku?bila lagi?bukan tiada yang mahukan kau, tapi cuma kau je yang jual mahal.
hati aku berkata, " bukan tidak mahu, tapi kalau aku tiada hati pada orang yang mahukan aku itu buat apa?".
" ahh!!sudah la azie, kau je yang jual mahal sangat. ada bf dulu pun tidak pandai jaga hati kau tapi sekarang bila ada yang mahukan kau, kau pula yang tidak mahu. bila melihat orang lain bercinta, kau pula berasa cemburu ".
" ahh!!biarkanlah!!hati aku!!aku punya sukalah mahu cemburu atau tidak!!kau peduli apa hati!!
aku percaya suatu hari nanti aku akan jumpa dengan jodoh aku yang lebih baik dan cukup bagus untuk aku. biarkan je la cemburu tu ada dalam hati aku. yang penting " aku tak kaco ko dan ko tak kaco aku k ". aku lebih selesa dengan cara begitu. bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan