24 Disember 2010

PERJALANAN

seawal pagi aku sudah bangkit dari tidur. kawan-kawan ku yang lain jugak turut bersama. bergegas ke bilik air untuk mandi dan bersuap untuk ke rumah anis di Jelebu, Negeri Sembilan. di rumahnya ada membuat kenduri dan juga majlis pertunangan kakaknya. aku terpaksa ikut kerana tiada siapa di hostel. kami bertolak jam 9.00 pagi selepas aku mengambil kunci kereta dari syhawal. menghantar faten ke Kuala Langat adalah destinasi kami yang pertama. selepas itu, kami bertolak ke Jelebu setelah menghantar Faten pulang ke rumah. perjalanan yang amat memeningkan kami yang berada di dalam kereta. aku dan yana mulai berasa pening kepala sewaktu dalam perjalanan. tekak aku berasa loya tanda-tanda hendak muntah. aku terpaksa menguatkan tenaga aku supaya tidak mengeluarkan benda yang tidak sepatutnya keluar pada masa perjalanan itu. selepas penat menahan pening kepala, akhirnya sampai juga di rumah anis. penat, pening semuanya bersarang di kepala. dan akhirnya kami pun menjamu selera dan berfacebooking. huhuuu.....

  perjalanan sewaktu pergi ke Kuala Langat


 cuaca dalam keadaan mendung..
nasib tak hujan lagi..


ney la jalan bengkak-bengkok semasa pergi ke
 Jelebu, Negeri Sembilan..



NOTE : bila pulak la nak balik Unisel nie..rindu lak nk pelok teddy bear aku (cici n kiki)..
             anis!!jom balik unisel cepat..haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan